Tuesday, March 9, 2010

Ceramah Tokoh Ilmuan Ikon Masyarakat -Vol 1



Program penerangan merupakan satu agenda penting dalam dakwah. Atas semangat ini saya dan rakan dari Exco Kerohanian JPP IPG Kampus Darulaman merangka satu program ceramah tentang tokoh ilmuan. Walaupun masa yang agak terbatas dengan bertindihan dengan program besar institut iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan namun program dapat berjalan dengan lancar

Penceramah jemputan yang merupakan pensyarah daripada POLIMAS iaitu Ustaz Mohd Nasir Bin Zain yang merupakan penuntut Universiti Azhar pada satu ketika dahulu memberikan input yang cukup berkesan.

Dua Tokoh Islam yang dibawa ialah Imam Al-Ghazali dan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Saya tertarik dengan kezuhudan Imam Al-Ghazali dalam menuntut ilmu dimana ketika beliau bermusafir rombongan beliau telah diserang oleh sekumpulan perompak. Habis Kelengkapan dirampas dan diminta untuk dikeluarkan apa sahaja yang ada pada diri mereka. Apabila sampai sahaja giliran Imam Al--Ghazali beliau telah memberikan semua yang dimilki kecuali sehelai kain yang mana disitu ada dicatat ilmu ilmu yang didapatinya sebelum ini. Dengan sindirin yang tajam perompak tersebut berkata

" kalaulah kain ini hilang tentu sekali segala ilmu yang engkau dapati akan turut hilang"

tersentak Imam Al-Ghazali mendengar akan kata-kata perompak tersebut dan semenjak dari peristiwa tersebut Imam Al-Ghazali telah mengubah cara pembelajaran beliau dengan menghafal setiap apa yang didapati oleh Tok Guru beliau.

Masyaallah begitulah hebatnya Ilmuan terdahulu kata-kata perompak juga dijadikan panduan sekiranya perkara itu benar.

Antara gambar yang sempat di


Ustaz Mohd Nasir Bin Zain

Menjamu selera bersama dari kiri Thoha, saya, Abg Soleh dan Nuruddin

Bersama teman-teman dari kiri Shahril, Thoha, Aza dan saya.

No comments:

Post a Comment